E-Book Undang-Undang di Mahkamah Syariah

….yang sudah membantu ramai wanita yang mempunyai masalah dalam rumahtangga dan ingin membuat tuntutan di mahkamah syariah. Akhirnya mereka dapat menyelesaikan masalah mereka secara teratur, kemas, sistematik dan tidak drag kes sampai bertahun-tahun.

INGAT, SEMUA LAYAK UNTUK BAHAGIA.

Suphian Ismail, Peguam Syarie (Sabah).

Popular

Popular

.

.

Percuma

Terbaru

Terbaru

Apakah Masalah Anda? Ketahui cara untuk MENDAPATKAN KEBAHAGIAAN semula dalam hidup.

Adakah anda mengalami perasaan seperti di bawah?

  • Keliru dengan kehidupan rumahtangga anda sekarang?
  • Sudah tidak mempunyai perasaan terhadap suami atau isteri lagi?
  • Suami berkali-kali melafazkan lafaz cerai semasa di dalam bilik tetapi isteri tidak tahu apa perlu dibuat?
  • Suami semakin hari semakin menunjukkan keberanian membuat skandal bersama perempuan lain?
  • Isteri keliru tidak tahu untuk memulakan langkah perceraian kerana suami kerap kali memukul?
  • Isteri bekerja tetapi keliru kerana suami tidak pernah memberikan nafkah pada isteri?
  • Isteri yang sudah bercerai tetapi tidak pernah membuat tuntutan selepas perceraian seperti nafkah eddah, mutaah dan sebagainya?
  • Isteri yang ingin menuntut cerai fasakh tetapi tidak tahu mana hendak mulakan?
  • Isteri yang sudah memulakan tuntutan mahkamah tetapi stuck kerana takut terpilih alasan cerai sesuai?
  • Isteri yang sudah menjalankan kes di mahkamah beberapa tahun drag terlalu lama kerana masalah isteri tidak arif dengan prosedur mahkamah?
  • Isteri yang selalu diugut oleh bekas suami tentang hak jagaan anak kerana isteri hanyalah surirumah yang tiada mempunyai pendapatan tetap?
  • Isteri yang muallaf dan tiada ilmu tentang hak wanita dalam Islam?
  • Bekas isteri surirumah yang telah bercerai tetapi ingin menuntuk HARTA SEPENCARIAN tetapi bekas suami cakap tidak layak?
  • Isteri yang dipoligamikan secara diam-diam dan isteri tidak tahu untuk buat apa seterusnya?
  • Isteri yang dipoligamikan tetapi ingin membuat tuntutan undang-undang terhadap suami?
  • Anda rasa hilang arah kerana suami sudah hilang dari kontek selama 10 tahun?
  • Suami seorang penagih dadah tetapi tidak ditangkap dan hanya berada di rumah?
  • Suami berada di dalam penjara atas jenayah rogol?
  • Isteri ingin memohon cerai atas alasan tidak kesefahaman, tapi suami ENGGAN?
  • Suami suka melakukan seks di luar tabii dan memaksa isteri melakukan?
  • Isteri yang tertindas kerana menanggung semua nafkah di rumah walaupun suami bekerja?
  • Isteri yang keliru tentang hak seorang isteri pada suami?
  • Isteri  yang berniat untuk meneruskan tuntutan di Mahkamah Syariah tetapi tidak tahu langsung tentang apalah prosedur yang sepatutnya dibuat. Contohnya mereka yang inigin membuat tuntutan cerai tetapi tidak tahu cerai mana satu yang sesuai untuk dipilih?

Jika anda adalah antara di atas?????
ANDA SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN SEGERA

Jangan biarkan luka menjadi nanah.
Dapatkan ilmu dan bantuan segera,
anda pasti akan mengecapi kebahagian.

Yang ingin anda diingini hanyalah…

Sebuah keluarga bahagia seperti keluarga lain di luar sana. Bukan lah keluarga yang perfect tapi cukup satu keluarga yang harmoni, yang melengkapi antara satu sama lain. Keluarga yang hormat-menghormati antara satu sama lain dan memegang prinsip percaya dan tiada rahsia, apalagi rahsia yang menyakitkan.

Suami isteri yang ada komunikasi dan melayari bahtera jatuh bangun rumahtangga bersama-sama tanpa kehadiran orang ketiga sebelum menjadi nanah dan perceraian sebagai hanya LANGKAH TERAKHIR untuk hubungan ini.

Jika terjadinya perceraian, jadilah seorang yang berilmu dan move on in your own class. Buat tuntutan hak sebagai seorang isteri, jika tidak mahu buat untuk diri sendiri buatlah untuk anak anda. 

APA YANG ANDA DAPAT DARI EBOOK INI?

Bayangkan? Apa yang diingini dalam rumahtangga akan tercapai.

Selepas membaca ebook, anda akan dapat Insya Allah perubahan ini….

  • Lebih jelas tentang matlamat hidup rumahtangga anda.
  • Perasaan sayang kepada pasangan akan timbul atas masuk campur tindakan undang-undang dan dapat selamatkan perkahwinan.
  • Kerana suami selalu membuat lafaz cerai setiap kali bergaduh, maka isteri membuat tindakan undang-undang dan suami sudah tidak lagi sewenang-wenangnya melafazkan kata cerai, dan akirnya hidup menjadi lebih bahagia dan berkat.
  • Suami tidak lagi ‘nakal’ di luar dan tidak berskandal lagi.
  • Suami tidak lagi berani memukul.
  • Suami memberikan nafkah secara konsisten pada isteri dan anak, malah membayar tunggakan nafkah isteri dan anak.
  • Isteri yang sudah bercerai menang tuntutan harta sepencarian bernilai sebiji rumah berharga RM200,000 (contoh!).
  • Tuntutan cerai fasakh isteri hanya mengambil masa 3 bulan untuk diselesaikan! Berbanding procedure selama 3 tahun! (contoh). 
  • Suami mula memberikan nafkah pada isteri yang bekerja dan mempunyai gaji lebih besar.
  • Isteri mendapat mutaah bernilai RM100,000 (contoh!).
  • Memilih alasan cerai yang tepat dan akhirnya berjaya menyelesaikan kes kurang dari setahun.
  • Bekas isteri adalah surirumah dan hak jagaan anak pada isteri surirumah, dalam masa yang sama suami membayar nafkah anak pada anak-anak. 
  • Suami yang kuat sangat menipu sudah tidak lagi menipu isteri.

DAN BANYAK LAGI MANFAAT YANG AKAN DISENARAIKAN.

 

TAPI INGAT! KAMI BUKAN BOMOH… TIUP-TIUP TERUS JADI, KITA BERUSAHA DARI SEGI UNDANG-UNDANG KELAURGA ISLAM..

BUKANKAH INI KEHIDUPAN YANG DIINDINI DAN DIDAMBAKAN OLEH SEMUA ISTERI?

JIKA YA, DAPATKAN SEGERA EBOOK YANG AKAN DAPAT MEMBANTU PUAN-PUAN SEKALIAN MENGECAPI HIDUP BAHAGIA DALA KELUARGA BERSAMA ANAK-ANAK KELAK.

Apa yang istimewa sangat ebook ini?

Menggunakan bahasa 'Orang Awam'

Bahasa Orang Awam. Tidak semestinya seorang itu perlu belajar undang-undang untuk faham isi kandungan. Penulisan sudah diubah  supaya menjadi lebih mudah difahami. Jadi, Jangan risau. Diolah agar difahami kerana penulisan ringkas dan pembaca akan dapat manfaat yang optima. 

Mudah Difahami

Menggunakan bahasa yang mudah difahami. Disusun secara teori mengikut fakta kes sebenar. Mengambil kira aspek yang penting saja untuk diketengahkan. Terlalu banyak aspek di dalam undang-undang keluarga Islam yang tidak berkenaan dengan kes. Dalam ebook ini, ianya dijadikan lebih simple. Semoga apabila pemahaman itu lebih baik, maka tuan atau puan akan dapat membuat keputusan yang lebih bijak.

Dihasilkan dari 'pengalaman sebenar'

Penulis adalah peguam syarie sebenar yang praktis dan berada di lapangan sebenar. Mengambil dan mengedalikan kes secara hands-on. Bukan teori semata-mata, tapi berdasarkan pengalaman sebenar di lapangan. Ebook akan merumuskan perkara-perkara atau point penting saja untuk pembaca ketahui. Pembaca tidak akan lebih keliru tentang banyak fakta yang disumbatkan di media sosial pada masa kini apabila exposed kepada fakta yang salah ataupun tidak sesuai dengan kes tuan atau puan.

Boleh membuat rujukan

Mereka yang membeli ebook ini akan berpeluang untuk membuat rujukan kepada penulis sendiri jika perlu. Sila terus berhubung dengan nombor yang tertera dan sertakan bukti pembayaran bagi tujuan bukti pembelian.  Pembeli ebook boleh bertanyakan contohnya ada berkenaan dengan kes anda, dan anda kurang faham berkenaan undang-undnag di dalam ebook terus, maka pembeli boleh bertanya terus kepada penulis. Pembeli akan lebih faham kerana dapat peluang pencerahan terus dari penulis.

RUJUKAN DARI PENULIS SENDIRI?

Wow! Ini sangat special ok. Jarang-jarang ada offer begini dari ebook di tempat lain ya. Confirm kalo dapatkan ebook ni, baca dan anda tidak akan ditinggakan begitu saja dalam keadaan blur. Ambik handphone dan tekan saja nombor penulis.

 

Wow!

Apa yang bakal anda dapat dari ebook?

Ebook ini akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan seperti di bawah.

Jawapan kepada: Kenapa ada 7 Jenis Cerai?

Senarai 7 jenis cerai yang boleh dipohon oleh penuntut, isteri atau suami lengkap dengan situasi dan kesan kepada jenis cerai tersebut. Ada jenis cerai yang tidak boleh rujuk, dan ada yang boleh rujuk. Jadi perlu pastikan jenis cerai mana satu agar tidak menyesal kemudian hari kerana tersalah pilih.

Jawapan kepada: Adakah hak Hak Selepas Perceraian?

Isteri akan dapat mempelajari hak mereka yang boleh mereka tuntut selepas mereka bercerai. Ianya adalah seperti nafkah eddah, mutaah, nafkah anak, nafkah isteri, harta sepencarian dan sebagainya. dapatkan ebook untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Jawapan kepada: Bagaimana cara kiraan mutaah secara asas?

Isteri tidak tahu apa itu mutaah, ada yang tahu tapi malas untuk menuntut. Di dalam ebook ini akan dijelaskan secara asas bagaimana pengiraan mutaah ini dibuat.

Jawapan kepada: Bagaimana cara kiraan nafkah anak secara asas?

Ramai isteri tidak mengetahui bagaimana pengiraan asas kepada nafkah anak selama sebulan. Di dalam ebook ini akan diberitahu bagaimana kah secara asasnya pengiraan itu dibuat.

Jawapan kepada: Tugas suami mengikut kaca mata undang-undang?

Isteri akan dapat mengetahui apakah tugas seorang suami di dalam keluarga Islam mengikut kaca mata undang-undang.

Jawapan kepada: Apakah itu hibah mengikut undang-undang?

Harta yang dihibahkan dan difaraidkan adalah 2 benda yang berbeza. Dalam ebook ini, pembaca akan mengetahui siapakah golongan yang paling kritikal untuk membuat hibah atas harta-harta mereka sebelum ianya difaraidkan.

Jawapan kepada: Adakah isteri nusyuz boleh mendapatkan hak jagaan anak?

Ebook ini akan menjelaskan secara asas bila keadaan yang akan menghilangkan hak jagaan anak pada isteri walaupun anak tersebut di bawah umur pada isteri yang nusyuz. Dapatkan info di dalam ebook ini.

Jawapan kepada: Berapakah nafkah edah yang layak seorang isteri tuntut?

Ebook ini akan menjelaskan secara asas bila dan berapa nafkah eddah yang boleh dituntut oleh isteri. Adakah ianya ada tarikh luput atau bilakah tarikh luputnya akan diberitahu di dalam ebook ini.

Jawapan kepada: Adakah isteri akan hilang hak penjagaan anak?

Ebook ini akan menjelaskan secara asas bila keadaan yang akan menghilangkan hak jagaan anak pada isteri walaupun anak tersebut di bawah umur. Secara asanya ada 5 keadaan. Dapatkan info di dalam ebook ini.

Jawapan kepada: Adakah isteri nusyuz layak mendapat nafkah?

Ebook ini akan menjelaskan secara asas bila keadaan yang akan menghilangkan tuntutan pada isteri nusyuz yang dijatuhkan nusyuz oleh mahkamah.

Jawapan kepada: Apa isteri perlu buat jika suami mengenakan perintah taat dan nusyuz pada isteri?

Ebook ini akan menjelaskan secara asas bagaimana isteri sepatutnya bertindak mengikut lunas undang-undang keluarga Islam apabila suami mengenakan perintah taat dan nusyuz. Dapatkan info di dalam ebook ini.

Jawapan kepada: Isteri takut untuk menuntut fasakh kerana akan dipukul lebih teruk?

Ebook ini akan menjelaskan secara asas bagaimana isteri sepatutnya bertindak mengikut lunas undang-undang keluarga Islam apabila suami memukul dan mencederakan isteri. Dapatkan info di dalam ebook ini.

DAN BANYAK LAGI.... DAPATKAN EBOOK SEKARANG DENGAN KLIK BUTANG HIJAU DI BAWAH.

apa kata 'klien'

Kes saya berlanjutan bertahun di mahkamah.. Ebook ini sangat Berbaloi..

"Buku ini dicadang oleh Angkol untuk saya baca sebelum mengisi borang tuntutan fasakh. Tetapi, saya sudah membuat tuntutan fasakh di mahkamah dan sudah berlanjutan selama 2 tahun. Selepas merasa putus asa, saya ternampak ebook ini di facbook. Saya pun berhubung dengan tuan Suphian Ismail. Alhamdulillah, serba sedikit dapat memberikan saya idea. Tambahan dengan itu, saya dapat bertanya terus bab yang saya tidak faham dan berkenaan dengan kes saya. Berbaloi sangat, dapat ilmu dari ebook , dapat juga tanya Angkol apa yang saya tidak faham. Terima Kasih Angkol"
siti, businesswoman
Papar, Sabah

Saya tertarik dengan pakej beli 4 percuma jumpa 'Angkol'

"Saya terus membeli pakej 4 ebook jadi saya boleh terus berkonsultasi bersama Angkol melalui video-call, kerana beli 4 ebook dan percuma dapat bercakap bersama Angkol lebih berbaloi. Jika membayar konsultasi saja agak rugi, tetapi dengan ebook ini saya terus dapat berkonsultasi. Tanpa saya berfikir banyak lagi, saya terus membeli pakej 4. Saya dapat ebook, saya juga dapat konsultasi. Untung kan?"
Ayu, kakitangan kerajaan
Tawau

'Buat apa nak beli, bukan saya perlu pun...hidup saya aman damai, keluarga semua bersatu padu, emm, tiada guna pun..'
--Rupanya saya perlukannya untuk uruskan harta saya.

" Hidup saya aman damai. keluarga pun Alhamdulillah, sejahtera, seperti keluarga lain. Tiada pun keperlusan saya untuk mendapatkan ebook ini. seperti kata pepatah, Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Saya di 'diagnose' ada tumor di otak saya. Semasa pada hari itu, keluarga mula berbalah mengenai harta. Saya mempunyai masalah berkenaan harta kerana bau-bau perebutan walaupun saya baru saja disahkan doktor. Doktor memberikan nasihat kepada saya untuk bersedia kerana saya akan melalui 'operation' bukan sekali tapi berkali-kali. Oleh kerana saya menghidap penyakit kronik dan mempunyai semua anak perempuan, saya dapatkan ebook berkenaan HIBAH daripada Tuan Haji Suphian. selepas membacanya, saya berjumpa dengan Tuan Haji Suphian untuk memberikan saya nasihat berkenaan dengan harta saya, apa akan jadi apabila saya sudah meninggal dunia. Oleh kerana anak saya semua perempuan, saya faham akan ada masalah dengan cara harta faraid akan dibahagikan. Tuan Haji sarankan saya membeli ebook HIBAH terlebih dahulu untuk saya dapat gambaran dan ilmu. Alhamdulillah Tuan Haji banyak membantu saya, isteri dan anak-anak. Jika saya sudah tiada, mudah-mudahan sharing saya ini akan dapat membuka mata kepada mereka yang masih hidup. Terima kasih Tuan Haji kerana telah membantu isteri dan anak-anak saya mendapat harta seperti yang saya HIBAHkan."
ahmad, guru
Keningau

Saya ada peguam sendiri, buat apalah nak beli ebook ini. Baik rujuk dengan peguam saya saja ...
--Sangat berguna untuk saya dapatkan pendapat kedua.

"Saya ialah Orang Sabah yang berada di Kuala Lumpur. Saya berasal dari Tawau, Sabah. Saya bekerja di Kuala Lumpur sudah hampir 10 tahun. Saya menghubungi Angkol kerana masalah Hak Penjagaan Anak saya. Apabila bertanyakan tentang masalah yang saya hadapi, Angkol terkejut kerana ada banyak lagi tuntutan selepas saya bercerai saya tidak buat. Saya membuat pembelian ebook bertajuk TUNTUTAN SELEPAS BERCERAI. Oleh Kerana saya ingin mendapatkan nasihat seterusnya dari Angkol, saya terus grab PROMO 4 ebook. Saya dapat ilmu, saya juga dapat NASIHAT UNDANG-UNDANG PROGFESSIONAL, Untung..... Saya ada peguam sendiri yang menguruskan kes saya di Kuala Lumpur. Tetapi apa masalahnya untuk dapatkan 'second opinion' kan? Sekali beli ebook, terus dapat nasihat percuma lagi...Terima Kasih Angkol. (Disuruh panggiL ANGKOL walaupun saya lebih tua.. hehe)"
aishah, pegawai eksekutif
Kuala Lumpur

Tajuk yang tidak menarik, berkenaan undang-undang, tidak berminat...
--saya dapat nasihatkan kakak saya, dan saya bujang!

Saya belum berkahwin. Apabila saya ternampak promo ebook ini di fb, saya terfikir, bosannya content ini. Cerai, rujuk, poligami. Tiada kena mengena pun dengan hidup saya. Siapa lah yang nak kahwin lepas tu bercerai. Apabila saya melihat content di dalam buku 'Hak Selepas Perceraian'. Saya pun cuba membeli dan membaca untuk suka-suka. Sungguh istimewa wanita ini di sisi Islam. Banyak hak daripada suami yang sepatutnya dituntut. Sebulan selepas itu, saya mendapat khabar kakak saya telah diceraikan oleh suaminya. saya pun teringat tentang ebook yang sudah saya download dan baca sepintas lalu. Saya sangat bersyukur kerana dapat memberikan nasihat kepada kakak saya berkenaan hak yang boleh dia tuntut walaupun saya belum kahwin!
Saidatul, Doktor
Penampang

Apa kata Klien” di atas kami gunakan nama sebenar tetapi nama ‘timangan’. Tiada GAMBAR kerana untuk menjaga PRIVASI setiap klien Angkol. Semoga Bermanfaat.

Statistik di bawah menunjukkan RAMAI yang mempunyai masalah lebih kurang sama. Jangan takut BERTINDAK SEKARANG. Dapatkan ilmu pengetahuan dalam ebook di bawah. Di mana saja tahap kesukaran hidup anda, samada belum bercerai, di ambang perceraian atau sudah bercerai, dapatkan ebook ini segera untuk SAYA bantu.

Ebook ini untuk anda.
Pilih ikut keperluan anda.

7 Jenis Perceraian Yang Perlu Wanita Pilih Bila ingin berpisah

7 Jenis Perceraian Yang Perlu Wanita Pilih Bila ingin berpisah adalah ebook yang dihasilkan oleh Peguam Syarie (Suphian Ismail). Buku ini menyenaraikan 7 jenis perceraian yang wanita boleh pilih jika ingin berpisah, jadi, wanita tidak akan tersalah pilih jenis cerai yang sesuai kepada alasan perceraian sebenar dan oleh kerana itu, masa di mahkamah untuk proses perceraian akan dapat dikurangkan untuk diselesaikan.

Ebook ini dapat membantu para wanita dengan penjelasan menggunakan bahasa undang-undang secara ringkas dan dapat  difahami oleh orang awam supaya wanita akan dapat sedikit pandangan awal tentang keputusan jenis cerai mana satu yang akan dipilih. Pada masa yang sama, wanita dapat faham tentang kesan terhadap jenis cerai yang dipilih supaya wanita tidak menyesal kerana tersalah pilih di kemudian hari.

Terutama kepada wanita yang ingin mengurus perceraian tanpa khidmat Peguam Syarie, ebook ini akan dapat membantu dalam memilih perceraian yang sesuai dan tepat, jadi, semasa mengisi borang tuntutan secara sendiri, proses akan lebih mudah.

9 Hak Isteri Selepas Bercerai Dalam Perundangan Syariah

E-book ini menerangkan tentang Hak Isteri Selepas Bercerai dalam perundangan Islam. Ramai yang bercerai tetapi tidak celik tentang apakah yang boleh mereka tuntut selepas mereka bercerai. Terdapat 9 Tuntutan yang boleh dituntut oleh Isteri selepas mereka diceraikan. Tetapi dalam kebanyakan situasi, para isteri ini tidak membuat tuntutan terutama mereka yang bercerai tanpa menggunakan khidmat peguam. Adalah menjadi kerugian jika para isteri tidak membuat tuntutan yang menjadi hak kepada mereka. Dengan mambaca ebook ini diharap akan dapat membuka mata para isteri yang diceraikan untuk membuat tuntutan sepatutnya.

10 Tugas Suami Menurut Islam (Baca, Jangan Keliru)

Terdapat banyak kekeliruan berlaku sekarang berkenaan dengan tugas suami menurut Islam. Apalagi jika suami yang beristerikan isteri yang bekerjaya dan mempunyai gaji yang lebih tinggi dapripada suami. Ebook ini akan membantu suami atau isteri faham berkenaan dengan tugas masing-masing di dalam keluarga. Dengan itu, keluarga ini diharap akan lebih bahagia dan makmur apabila masing-masing faham akan situasi di dalam keluarga.

Ada di antara tugasan yang sangat kita akan terkejut kerana beranggapan di dalam budaya hidup kita itu bukanlah tugas seorang suami, maka ebook ini akan banyak membantu dalam meleraikan apa yang dianggap bukan tugasan seorang suami. Dapatkan sekarang.

15 Golongan yang Wajib Faham tentang Hibah

Buku ini mengumpulkan 15 golongan yang wajib faham berkenaan dengan hibah. Hibah ini adalah hibah atau pemberian hadiah harta kepada keluarga atau orang tersayang. Contohnya, bagi golongan anak angkat yang tidak boleh mewarisi harta keluarga angkatnya, maka melalui kaedah hibah ini, harta boleh dihibahkan daripada keluarga angkat kepada anak angkat tersebut.

Begitu juga bagi anak tidak sah taraf, anak ini tidak layak untuk mendapat harta daripada bapa kandungnya, maka, kaedah hibah ini akan dapat memindahkan harta tersebut kepada anak dengan kaedah ikatan hibah.

Dapatkannya sekarang.

17 Checklist Fasakh

FREE ebook bagi 17 checklist Fasakh digunakan di mahkamah syariah. Apa yang terjadi selama pengalaman ni mahkamah syariah,  wanita tersilap memilih alasan fasakh yang sesuai, maka 17 Checklist Alasan Fasakh ini akan dapat membantu.

Jom berkenalan dengan penulis ebook

Suphian Ismail

Merupakan penulis bagi ebook di atas. Seorang Peguam Syarie yang attach dan juga founder  kepada SUPHIAN ASSOCIATES. Dapatkan maklumat lanjut berkenaanya di www.suphianassociates.com.

Bagaimana ebook ini bermula? Apabila ada seorang klien yang datang untuk membuat konsultasi bersama Angkol di Office Angkol di Wisma Muis. Lama dia menunggu turn kerana sebelum itu ada konsultasi lain. Selalunya Angkol akan sarankan untuk buat temujanji, tetapi ada yang akan datang tiba-tiba. Tapi tidak mengapa, Angkol layan juga dia .. Selepas memberitahu berkenaan masalahnya, dia tidak mampu untuk membayar kos konsultasi. Klien ini ingin membuat cerai fasakh kerana suaminya sudah lama menghilangkan diri dan dia tidak rasa sedap hati dan ingin membebaskan dirinya dan hidup bahagia bersama anak-anak. 

Jadi di sana Angkol tercetus untuk menghasilkan ebook yang klien boleh beli dan baca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Sudah pasti harganya lebih mampu berbanding mereka yang ingin mendapatkan konsultasi secara private. Jika mau yang percuma untuk ebook juga Angkol ada sediakan, cuma tidaklah selengkap ebook berbayar.

Jika betul-betul tidak mampu, joinlah LIVE Angkol di media sosial, facebook page, instagram atau tiktok. Masa akan Angkol selalu update dalam status. Soalan kamu akan Angkol jawab percuma, Insya Allah.

Mudah-mudahan akan memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Kelebihan Menuntut Ilmu.
Menuntut ILMU itu dituntut.

Ops! Anda bertuah. Ada lagi yang menarik untuk anda.

TUNGGU!!

Angkol ada PROMO untuk sesiapa yang membuat pembelian pada hari ini.

KLIK promosi di bawah untuk membuat temujanji segera.

TAWARAN INI SAH SEHINGGA diberitahu kelak.

Soalan lazim berkenaan promo

Hanya sah digunakan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian. 

Boleh ya … promo ini hanya lah tawaran dan bukan paksaan. 

Tidak boleh. Hanya pembeli saja akan dapat menggunakan PROMO ini.

Semua jenis soalan yang berkaitan dengan undang-undang mahkamah syariah. 

Boleh. Untuk ilmu pengetahuan. Tapi suka Angkol nyatakan di sini, Angkol ialah Peguam Syarie dan hanya arif tentang Undang-Undang Islam. Bukan Islam, bolehlah rujuk pada Peguam Sivil.

Tidak. Cuma pilih HANYA 1 pakej seperti di atas. 

Apa kata Klien” di bawah kami gunakan nama sebenar tetapi nama ‘timangan’. Tiada GAMBAR kerana untuk menjaga PRIVASI setiap klien Angkol. Semoga Bermanfaat.

Soalan lazim berkenaan ebook

Sila pergi ke CARA MEMBUAT PEMBELIAN. Ikuti langkah seperti yang disediakan.

Ebook akan dihantar melalui email dalam masa 3 hari bekerja. Pastikan alamat email adalah alamat email yang sah dan aktif.

Sila periksa SPAM inbox anda. Mungkin berada di dalam Spam Inbox.

Jika ada yang tidak difahami, bolehlah berhubung dengan Peguam Syarie (Penulis) untuk mendapatkan penerangan, Insya Allah, akan dibantu. Sila rujuk no telefon di page seterusnya.

Caranya mudah saja, scroll ke bahagian ebook yang berharga RM0.00. ebook tersebut adalah percuma. Ikuti saja langkah mengikut arahan dan ebook percuma akan dihantar dalam masa 3 hari bekerja. 

Ebook yang terdapat di dalam website ini semua ditulis atau dihasilkan oleh Peguam Syarie iaitu Tuan Haji Suphian bin Haji Ismail. Jika ingin dapatkan info dengan lebih lanjut, boleh layari www.suphianassociates.com untuk lebih lanjut berkenaan penulis.

Penulis adalah Peguam Syarie yang sudah berada di lapangan dan sudah menyelesaikan lebih 300 kes syariah.

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN

PEMBELIAN SECARA ONLINE TRANSFER

1. Masuk ke dalam  website HOME dan TEKAN SHOP seperti gambar d sebelah.

2. Tekan- ADD TO CHART.

3. Selepas itu, TEKAN VIEW CHART.

4. Untuk Pembelian secara ONLINE TRANSFER – tekan PROCEED TO CHECKOUT. 

5. Tekan PEMBAYARAN SECARA ONLINE TRANSFER.

Isi Borang yang disediakan, pastikan EMAIL betul.

Seterusnya, tekan PLACE ORDER.

6. Buat bayaran ke dalam akaun yang diberikan, dan hantar slip pembayaran ke Whatsapp 0138732000. Boleh tekan link di bawah untuk hantarkan bukti pembayaran.

PEMBELIAN SECARA PAYPAL, CREDIT CARD, DEBIT CARD ATAU BAYARAN DARI AKAUN BANK

1.Ulang step 1,2 dan 3 seperti di atas.

2. Tekan butang PAYPAL seperti di sebelah.

3. Buat bayaran PAYPAL dengan masuk ke dalam email paypal anda. Atau TEKAN seperti sebelah untuk MEREKA YANG TIADA AKAUN PAYPAL. Bayar menggunakan kad kredit atau potongan dari akaun bank anda. 

Tunggu email ebook dihantar dalam masa 3 hari bekerja. *Peluang merujuk kepada penulis jika terdapat ketidakfahaman kepada content undang-undang.

*terms and conditions apply.

SEKEJAP!

 

Jika ada masalah untuk membuat bayaran seperti di atas, sila bank in ke:

 

Nama Akaun: DINARA CORPORATION,

Akaun number: 3151211002

Bank: Public Bank Berhad

 

dan hantarkan slip bukti pembayaran KLIK DI SINI ke 0138732000 dan nyatakan nama ebook dan ALAMAT EMAIL anda. Jika tiada email, tidak mengapa, saya akan hantarkan menggunakan whatsapp atau telegram ebook yang dibeli.

Harga Ebook:

  1. Apa Hak Isteri Selepas Bercerai? RM60 (Popular)
  2. 10 Tugas Suami Menurut Islam RM50
  3. Kepentingan Hibah RM50
  4. 17 Checklist Fasakh (Free)
  5. 7 Jenis Perceraian yang Perlu Wanita Pilih RM60 (Popular)
  6. 17 Alasan Fasakh (Terbaru)

Terima Kasih.

Kalau buat bayaran transfer melalui akaun,
selepas membuat bayaran boleh isi form di bawah.

    Buat temujanji
    jika masih buntu..

    Suphian Associates

    Jangan lupa dapatkan e-book di atas. Semoga semua akan dapat manfaat daripadanya. 

    Waktu Bekerja

    Isnin-Jumaat: 8:00 pagi- 5 petang sahaja. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: TUTUP

    Kami di sini:

    Suphian Associates, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
    Phone:+60198600046
    Email: suphian_associates@yahoo.com